Führerbunker
From Wikipedia, the free encyclopedia
Führerbunker ("Bunker Pemimpin") ialah sebuah tempat perlindungan (dari serangan udara) bawah tanah yang terletak berhampiran pejabat Kanselor Jerman di ibukota negara tersebut Berlin. Ia adalah sebahagian daripada kompleks bunker bawah tanah yang dibina dalam dua fasa, siap pada tahun 1936 dan 1944. Ia merupakan Markas Führer (Führerhauptquartiere) terakhir yang digunakan oleh Adolf Hitler.
Führerbunker | |
---|---|
Bunker Führer | |
Maklumat umum | |
Bandar/pekan | Berlin, Jerman |
Koordinat | 52.5125°N 13.3815°E / 52.5125; 13.3815 |
Pembinaan bermula | 1943 |
Disiapkan pada | 23 Oktober 1944 |
Diruntuhkan pada | 5 Disember 1947 |
Pembiayaan | 1.35 juta Reichsmark |
Pemilik | Reich Ketiga |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Albert Speer, Karl Piepenburg |
Firma arkitek | Hochtief AG |
Hitler mendiami Führerbunker ini pada 16 Januari 1945 dan menjadi pusat pemerintahan Nazi sehingga hari-hari terakhir Perang Dunia II di Eropah. Disinilah Hitler mengahwini Eva Braun pada penghujung April 1945, sejurus sebelum mereka membunuh diri.
Selepas perang kedua-dua bangunan lama dan baru Kanseleri telah diruntuhkan oleh pihak Soviet. Meskipun beberapa kali kerja perobohan dibuat, sebahagian besar kompleks bawah tanah itu masih tidak terusik sehinggalah tahun 1988–89. Sewaktu pembinaan semula kawasan Berlin tersebut, bahagian-bahagian kompleks bunker lama yang digali kebanyakannya telah musnah. Tapak itu kekal tidak bertanda sehinggalah tahun 2006, apabila plak kecil berserta papan informasi skematik telah dipasang. Beberapa koridor bunker masih wujud, namun telah ditutup dari orang awam.