Tuduhan penderaan seksual Harvey Weinstein
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada Oktober 2017, The New York Times dan The New Yorker melaporkan bahawa berpuluh-puluh wanita terutama dalam industri perfileman telah menuduh Harvey Weinstein, seorang penerbit filem Amerika Syarikat yang terkenal atas gangguan seksual, serangan seksual, dan rogol. Tuduhan itu dinafikan oleh Weinstein. Tidak lama selepas tuduhan pertama dikeluarkan, Weinstein telah dipecat dari syarikatnya, The Weinstein Company, dan dibuang dari Akademi Sains dan Seni Perfileman dan pertubuhan profesional yang lain. Siasatan jenayah membabitkan aduan dari sekurang-kurangnya enam orang wanita dilakukan di Los Angeles, New York, dan London.