Turbin angin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Turbin angin merupakan peranti yang menukar tenaga kinetik dari angin kepada tenaga mekanikal. Sekira tenaga mekanikal diubah kepada tenaga elektrik, mesin ini akan dikenali sebagai penjana angin, Unit Kuasa Angin (WPU), atau Pengubah Tenaga Angin (WEC). Sekiranya tenaga mekanikal digunakan bagi memancu mesin, seperti bagi kegunaan mengisar bijiran atau mengepam air, peranti ini dikenali sebagai kincir angin atau pam angin. Dibangunkan selama milennium, turbin angin hari ini dihasilkan dalam pelbagai jenis menegak dan melintang. Turbin terkecil digunakan bagi kegunaan seperti mencaj bateri atau kuasa tambahan pada bot layar; sementara jujukan sambungan turbin-grid lebih besar menjadi sumber besar yang semakin meningkat bagi kuasa eletrik perdagangan. Kincir angin juga digunakan untuk menimba air bagi mengairi sawah. Kincir angin moden adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik, disebut juga dengan turbin angin. Turbin angin kebanyakan ditemui di Eropah dan Amerika Utara.