Alcázar Seville
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alcázars Seville (Sepanyol: Reales Alcázares de Sevillacode: es is deprecated ; Bahasa Melayu: Istana Diraja Sevilla), dalam sejarah juga dikenali sebagai al-Qasr al-Muriq (القصر المُورِقcode: ar is deprecated , Istana Menghijau)[1][2] dan biasanya dikenali sebagai Alcázar Seville (Sebutan Sepanyol: [alˈkaθaɾ]), ialah istana kerajaan di Seville, Sepanyol, yang dibina untuk raja Kristian, Pedro dari Castile.[3] Ia dibina oleh orang Kristian Castile di tapak sebuah alcazar, atau kubu kediaman Muslim Abbadid[4][5] yang telah musnah setelah penaklukan Kristian di Seville.[6] Istana ini adalah contoh seni bina Mudéjar yang terkenal di Semenanjung Iberia tetapi menampilkan elemen reka bentuk Goth, Renaissance dan Romanesque dari peringkat pembinaan sebelumnya. Tingkat atas Alcázar masih lagi didiami oleh kerabat diraja apabila mereka berada di Seville, dan ditadbir oleh Patrimonio Nacional. Ia didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, bersama dengan Katedral Seville dan Arkib Umum Hindia.[7]
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Reales Alcázares |
Sebahagian dari | Cathedral, Alcázar and Archivo de Indias in Seville, Seville old town |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 9.8, 68.33 he (1,055,000, 7,355,000 ka2) |
Laman sesawang | http://www.alcazarsevilla.org/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Seville, Sepanyol |
Koordinat | 37°23′02″N 5°59′29″W |
sunting · sunting di Wikidata |