Bahasa Cina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Cina atau Bahasa Han (Cina Tradisional: 漢語code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 汉语code: zh is deprecated , pinyin: Hànyǔ; Cina Tradisional: 華語code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 华语code: zh is deprecated , pinyin: Huáyǔ; atau 中文code: zh is deprecated , pinyin: Zhōngwén) merupakan bahasa bangsa Han yang membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda.
Bahasa Cina | |
---|---|
漢語code: zh is deprecated Hànyǔ, 中文code: zh is deprecated Zhōngwén | |
Asli kepada | China (RRC), (Tanah Besar China, Hong Kong Macau), Republik Chinac (Taiwan dan berhampiran kepulauan), Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Pulau Krismas, juga bahagian Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Filipina dan komuniti Cina lain sekitar dunia |
Kawasan | (majoriti): Timur Asia & bahagian Selatan Asia (minoriti): Komuniti Cina di Barat Asia, Amerikas, Afrika, Eropah dan Pasifik |
Penutur bahasa | lebih dari 1.3 bilion |
Sino-Tibet
| |
Aksara Cina | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | RRC, RC, Singapura, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara |
Dikawal selia oleh | Di RRC: pelbagai agensi(dalam Cina) Di RC: Promosi Majlis Mandarin Di Singapura: Majlis Galakan Mandarin/Kempen Tutur Mandarin Di Malaysia: Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | zh |
ISO 639-2 | chi (B) zho (T) |
ISO 639-3 | Pelbagai:cdo – Min Dongcjy – Jinyucmn – Mandarincpx – Pu Xianczh – Huizhouczo – Min Zhongdng – Dungangan – Ganhak – Hakkahsn – Xiangmnp – Min Beinan – Min Nanwuu – Wuyue – Kantonis |
Peta lapangan penutur Cina.
Kawasan dengan penutur ibunda majoriti.
Kawasan di mana bahasa Cina merupakan bahasa rasmi atau pengantar pendidikan, tetapi bukan ibunda.
Kawasan dengan penutur minoriti ketara. |
Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau "dialek" yang berbeza boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 6–12 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis (Guangdong) paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian.
Sebutan bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau (bersama bahasa Portugal).
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |