Benjamin Netanyahu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Benjamin "Bibi" Netanyahu (Bahasa Ibrani: בִּנְיָמִין נְתַנְיָהוּ; juga niqqud: בנימין נתניהו; Tulisan Jawi: بينيامين نيتنياهوcode: ms is deprecated ; lahir 21 Oktober 1949) merupakan ahli politik Israel yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel ke-9 sejak 2022; sebelumnya dari 1996 hingga 1999 dan 2009 hingga 2021.
Benjamin Netanyahu בנימין נתניהו | |
---|---|
Perdana Menteri Israel ke-9 | |
Memegang jawatan 29 Disember 2022 | |
Presiden | Isaac Herzog |
Didahului oleh | Yair Lapid |
Dalam jawatan 31 Mac 2009 – 13 Jun 2021 | |
Presiden | Shimon Peres Reuven Rivlin |
Didahului oleh | Ehud Olmert |
Digantikan oleh | Naftali Bennett |
Dalam jawatan 18 Jun 1996 – 6 Jul 1999 | |
Presiden | Ezer Weizman |
Didahului oleh | Shimon Peres |
Digantikan oleh | Ehud Barak |
Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 13 Jun 2021 – 29 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Yair Lapid |
Digantikan oleh | Yair Lapid |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1949-10-21) 21 Oktober 1949 (umur 74) Tel Aviv, Israel |
Parti politik | Likud |
Pasangan | Miriam Weizmann (k. 1972; c. 1978) Fleur Cates (k. 1981; c. 1984) Sara Ben-Artzi (k. 1991) |
Tandatangan |
Sebagai seorang ketua dari parti konservatif Likud, beliau pernah memegang jawatan Perdana Menteri pada pertengahan Jun 1996 sehingga Julai 1999. Sehingga kini dialah satu-satunya orang yang lahir setelah negara Israel berdiri yang terpilih menjadi Perdana Menteri Israel. Ia juga pernah menjadi Menteri Kewangan Israel sehingga 9 Ogos 2005, ketika ia mengajukan surat pengunduran diri sebagai protes atas penarikan mundur sepihak Israel dari Genting Gaza. Kebijakan ini dikeluarkan oleh Perdana Menteri Ariel Sharon. Netanyahu mengambil alih pimpinan Likud pada 20 Disember 2005.