Cencurut
keluarga mamalia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Cencurut atau Cencorot atau Celurut[2] adalah mamalia kecil pemakan serangga bertubuh kecil yang berpenampilan mirip mencit/tikus (famili Soricidae) yang dikelaskan dalam order Eulipotyphla. Cencurut sebenar tidak seharusnya dikelirukan dengan cencurut pokok, cencurut memerang, cencurut gajah, cencurut Hindia Barat atau cencurut marsupial, yang tergolong dalam keluarga atau order berbeza.
Cencurut Celurut[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Eulipotyphla |
Keluarga: | Soricidae G. Fischer, 1814 |
Genus jenis | |
Sorex | |
Subkeluarga | |
|
Sungguhpun tampilan luarannya umumnya mirip dengan tikus yang berhidung panjang, cencurut hakikatnya bukanlah rodensia seperti tikus bahkan lain dalam ordo Eulipotyphla, bukan Rodentia lebih dekat dengan landak susu dan tikus mondok; cencurut berhubungan dengan rodensia hanya kerana kededuanya termasuk dalam magnorder Boreoeutheria. Cencurut memiliki gigi tajam bak cerucuk, sedangkan rodensia memiliki gigi kacip depan menggerogot.