F/A-18E/F Super Hornet
From Wikipedia, the free encyclopedia
Boeing F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet ialah pesawat pejuang-penyerang supersonik yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet adalah lebih besar dan lebih canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet mula berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999, bagi mengantikan pesawat F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Australia pada tahun 2007 untuk mengantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang.
Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
F/A-18E/F Super Hornet | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang pelbagai peranan Pesawat pejuang-penyerang |
Pengeluar | McDonnell Douglas Boeing Integrated Defense Systems |
Penerbangan sulung | 29 November 1995 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Udara Diraja Australia |
Dikeluarkan | 1999 |
Jumlah dibina | 500 setakat April 2011[1] |
Kos program | Jumlah perolehan: AS$4.85 billion (sehingga FY2011)[2] |
Kos seunit | AS$55 juta (kos terbang pada 2011)[3][4][N 1] |
Dibangunkan dari | F/A-18 Hornet |
Kelainan | EA-18G Growler |
Tutup