Frigat kelas De Zeven Provinciën
From Wikipedia, the free encyclopedia
Frigat kelas De Zeven Provinciën adalah sebuah frigat arahan dan pertahanan udara termaju dalam perkhidmatan Koninklijke Marine (Tentera Laut Diraja Belanda). Kelas kapal ini juga dikenali sebagai LCF (Luchtverdedigings- en commandofregat, frigat arahan dan pertahanan udara). Kapal ini menyerupai frigat kelas Sachsen milik Jerman dari segi peranan dan misi. Semasa latihan keupayaan di peringkat antarabangsa, sut penderia dan pelantar persenjataan kapal ini telah membuktikan kecemerlangannya dan 'terbaik dalam kelas'. Penggelasan kapal ini sebagai sebuah frigat bergantung pada perdebatan berkenaan keupayaannya, di mana kapal-kapal sebegini dalam armada tentera laut lain akan dikelaskan sebagai kapal pemusnah.
Fakta Segera Ringkasan kelas, Ciri-ciri umum ...
HNLMS Tromp (F803) | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas De Zeven Provinciën |
Pembina: | Royal Schelde, Vlissingen |
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Belanda |
Didahului oleh: | kelas Tromp |
Kos: | €600 juta ($816 juta) |
Ditauliahkan: | 26 April 2002 – kini |
Disiapkan: | 4 |
Aktif: | 4 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat arahan dan pertahanan udara |
Sesaran: | 6,050 tan (muatan penuh) |
Panjang: | 144.24 m (473.2 ka) |
Lunas: | 18.80 m (61.7 ka) |
Draught: | 5.18 m (17.0 ka) |
Jana kuasa: | Templat:De Zeven Provinciën propulsion |
Halaju: | 30 knot (56 km/j; 35 mph) |
Jarak: | 4,000 nmi (7,400 km; 4,600 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph) |
Anak kapal: | 30 pegawai, 202 lain-lain pangkat |
Sistem penderia dan pemprosesan: | Templat:De Zeven Provinciën sensors |
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: | Templat:De Zeven Provinciën armament |
Pesawat yang dibawa: | 1 × helikopter NH-90 |
Kemudahan penerbangan: | Hangar dan dek penerbangan untuk sebuah helikopter bersaiz sederhana |
Tutup