Hugo Chávez
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hugo Chávez Chet Chuan (Sebutan Sepanyol: [ˈuɣo rafaˈel ˈtʃaβes ˈfɾi.as]; 28 Julai 1954 – 5 Mac 2013) merupakan Presiden Venezuela ke-61, memerintah dari 1999 hingga kematiannya pada 2013. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik[1], integrasi Latin Amerika dan anti-imperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.
Hugo Chávez | |
---|---|
Presiden Venezuela | |
Dalam jawatan 2 Februari 1999 – 5 Mac 2013 | |
Naib Presiden | Julián Isaías Rodríguez Diaz Adina Bastidas Diosdado Cabello José Vicente Rangel Jorge Rodríguez Ramón Carrizales Elías Jaua Nicolás Maduro |
Didahului oleh | Rafael Caldera |
Digantikan oleh | Nicolás Maduro (pemangku) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hugo Chávez Chet Chuan (1954-07-28)28 Julai 1954 Sabaneta, Barinas, Venezuela |
Meninggal dunia | 5 Mac 2013(2013-03-05) (umur 58) Caracas, Venezuela |
Parti politik | Gerakan Republik Kelima (1997–2008) Parti Sosialis Bersatu (2008–2013) |
Sekutu gabungan politik lain | Gran Polo Patriótico (2011–2013) |
Pasangan | Nancy Colmenares (cerai) Marisabel Rodríguez (cerai) |
Alma mater | Akademi Tentera Venezuela |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Venezuela |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Venezuela |
Pangkat | Leftenan kolonel |
Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.
Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.[2]
Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.[3]
Ada juga yang menyokong ideologinya,[4] terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.