Idris I dari Libya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raja Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi dari Libya GBE atau Raja Idris I (Arab: إدريس الأولcode: ar is deprecated ) (12 Mac 1889 - 25 Mei 1983) merupakan raja Libya yang memerintah dari tahun 1951 sehingga tahun 1969. Pada 1 September 1969, ketika Raja Idris berada di Turki untuk rawatan perubatan, baginda diturunkan dari jawatannya oleh tentera Libya di bawah pimpinan kolonel Muammar al-Qaddafi dalam satu rampasan kuasa. Raja Idris tinggal di Greece, tetapi baginda pergi ke pembuangan di Mesir dan mangkat di Kaherah pada tahun 1983.
Fakta Segera Raja Idris, Raja Libya ...
Raja Idris | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Libya | |||||
Pemerintahan | 24 Disember 1951 – 1 September 1969 | ||||
Perdana Menteri | Lihat senarai
| ||||
Keputeraan | 12 Mac 1889 Al-Jaghbub, Cyrenaica Uthmaniyah | ||||
Kemangkatan | 25 Mei 1983(1983-05-25) (umur 94) Kaherah, Mesir | ||||
Pemakaman | Perkuburan al-Baqi', Madinah, Arab Saudi | ||||
Pasangan | Fatimah el-Sharif | ||||
| |||||
Kerabat | Senussi | ||||
Ayahanda | Muhammad al-Mahdi as-Senussi | ||||
Bonda | Aisha bint Muqarrib al-Barasa | ||||
Agama | Ahli Sunah Waljamaah |
Tutup
Baginda diputerakan di al-Jaghbub, putera kepada Sayyid Muhammad al-Mahdi bin Sayyid Muhammad al-Senussi dan raja permaisuri kelimanya Aisha bint Ahmad al-Syrte.