Kementerian Pertahanan (Thailand)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kementerian Pertahanan (Abrv: MOD; Bahasa Thai: กระทรวงกลาโหมcode: th is deprecated , RTGS: Krasuang Kalahom), adalah jabatan kerajaan peringkat kabinet bagi Kerajaan Thailand. Kementerian mengawal dan mengurus Angkatan Tentera Diraja Thai untuk menjaga keselamatan, integriti wilayah, dan pertahanan negara. Angkatan Tentera Thailand terdiri daripada tiga cabang: iaitu Tentera Darat Diraja Thai, Tentera Laut Diraja Thai, dan Tentera Udara Diraja Thai.
กระทรวงกลาโหม | |
Bangunan Kementerian Pertahanan, sebelah Topekong Buddha Zamrud | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 8 April 1887; 137 tahun yang lalu (1887-04-08) |
Jenis | Kementerian |
Bidang kuasa | Kerajaan Thailand |
Ibu pejabat | Bangunan HQ, Phra Nakhon, Bangkok |
Belanjawan tahunan | 233,300 juta baht (FY2020) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Kementerian |
|
Laman sesawang | https://www.mod.go.th/ |
Walaupun Raja Thailand merupakan Ketua Utama Angkatan Tentera Diraja Thai (Bahasa Thai: จอมทัพไทยcode: th is deprecated ), jawatan baginda hanyalah nominal. Kementerian dan angkatan bersenjata ditadbir oleh ahli politik yang dilantik, iaitu Menteri Pertahanan, seorang ahli Kabinet Thailand. Jawatan Menteri Pertahanan telah disandang oleh Jeneral Prayut Chan-o-cha, yang juga merupakan Perdana Menteri Thailand, sejak 10 Julai 2019.