Kepulauan Galápagos
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Galápagos Islands (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Islas Galápagos |
Termasuklah | Baltra Island Bartolomé Island Daphne Major Darwin Island Darwin and Wolf Española Island Fernandina Island Floreana Island Galápagos National Park Genovesa Island Isabela Island Marchena Island Nameless Island North Seymour Island Pinta Island Pinzón Island Redonda Rock Rábida Island San Cristóbal Island Santa Cruz Island Santa Fe Island Santiago Island Seymour Islands South Plaza Island Wolf Island |
Inskripsi | 1978 (sesi ke-2) |
Lanjutan | 2001 dan 2003 |
Dalam bahaya | 2007–2010 |
Keluasan | 7,880 km2 (8.48×1010 ka2) |
Laman sesawang | http://www.galapagospark.org/, http://islasgalapagos.org/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Pentadbiran Galápagos, Ecuador |
Koordinat | 0°40′00″S 90°33′00″W |
sunting · sunting di Wikidata |
Kepulauan Galápagos dan perairan di sekitarnya membentuk sebuah wilayah Ecuador, sebuah taman negara, dan sebuah laut simpan biologi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa utama kepulauan ini. Pulau-pulau ini diduduki oleh kira-kira 25,000 orang.[1]
Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin sewaktu dalam penjelajahan di atas kapal Beagle. Pemerhatian dan koleksinya menyumbang kepada mulanya teori evolusi secara pemilihan semula jadi.
Carta pengemudian kasar pertama tentang kepulauan ini dibuat oleh seorang lanun yang bernama Ambrose Cowley pada tahun 1684. Beliau menamakan satu demi satu pulau sempena beberapa rakan seerjuangannya ataupun para bangsawan British yang menyokong perjuangan beliau. Lama-kelamaan, kerajaan Ecuador memberikan nama Sepanyol kepada pulau-pulau tersebut. Biarpun nama Sepanyol adalah rasmi, namun ramai pihak (terutamanya penyelidik ekologi) masih menggunakan naam Inggeris, terutamanya kerana nama-nama itulah yang digunakan sewaktu kunjungan Darwin.