Konfrontasi Indonesia–Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Konfrontasi Indonesia–Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.
Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Konfrontasi Indonesia-Malaysia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kawalan di pulau Borneo yang menjadi isu besar kepada konfrontasi ini. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Malaysia United Kingdom New Zealand Australia Brunei Singapura
Disokong oleh: Kanada Amerika Syarikat |
Indonesia
Disokong oleh: Republik Rakyat China Filipina Kesatuan Soviet | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Tunku Abdul Rahman Walter Walker Yusof Ishak Sultan Omar Ali Saifuddien | SoekarnoOmar Dani Soeharto Abdul Harris Nasution | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
tidak diketahui | tidak diketahui | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
114 terbunuh 181 cedera |
590 terbunuh 222 cedera |
Tutup
Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.