Otobreda 127/64
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Externalimage
Meriam laut ringan Otobreda 127/64[1] | |
---|---|
Jenis | Meriam laut |
Tempat asal | Itali |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Oto Melara |
Direka | 2005[2] |
Pengeluar | Oto Melara |
Dihasilkan | 2012[2] |
Spesifikasi | |
Berat | Kosong: 17 t (37,000 lb) |
Panjang laras | 320 in (8.1 m)[1] |
Shel | 127 mm (5.0 in) |
Berat Shel | 29 hingga 31 kg (64 hingga 68 lb)[1] |
Kaliber | 127 mm |
Kadar tembakan | 32 rpm[1] |
Halaju muncung | 808 m/s (2,650 ft/s)[1] |
Jarak tembakan efektif | 30 km (19 bt) VULCANO: 70–120 km (43–75 bt) |
Jarak tembakan maksimum | 120 km (75 bt)[1] |
Oto Melara 127/64 adalah sebuah artileri laut ringan, tembakan pantas yang sesuai untuk dipasang pada kapal-kapal bersaiz kecil dan sederhana. Ia juga boleh didapati untuk versi pertahanan pantai yang bertujuan untuk memberi sokongan tembakan ke laut dan tembakan permukaan sebagai peranan utama dan tembakan anti pesawat dalam peranan sekunder. Sistem suapan meriam yang kompak menjadikan ia boleh dipasang pada bahagian sempit di atas kapal.
Meriam ini boleh menggunakan semua peluru standard 127 mm (5 inci) termasuk amunasi terpandu jarak jauh, Vulcano[3].
Rekabentuk kelopak dengan suapan modular membolehkan ia untuk memilih dan melepaskan tembakan sehingga 4 jenis amunisasi berbeza; kelopaknya (4 dram, setiap satu dengan peluru yang telah sedia untuk ditembak manakala 13 butir lagi dalam stor) boleh disuapkan semasa ia masih digunakan.