Pengguna:KLITE789/Korea Selatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Korea Selatan, atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국code: ko is deprecated , Hanja: 大韓民國code: ko is deprecated , disebut: [tɛːhanminɡuk̚] ( dengar)), ialah sebuah negara berdaulat di Asia Timur yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea. Ia berjiran dengan Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur, Korea Utara di utara, dan Laut China Barat dan Republik China (Taiwan) di selatan. Ibu negara dan bandaraya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang banyak bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi[5] dan diduduki seramai 50 juta orang, termasuk Seoul sahaja yang diduduki 10.4 juta orang.
Republik Korea 대한민국code: ko is deprecated 大韓民國code: ko is deprecated Daehanminguk | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Aegukga (애국가; 愛國歌)code: ko is deprecated ("Lagu Cinta Negara") | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Seoul | ||||
Bahasa rasmi | Korea | ||||
Tulisan rasmi | Hangul | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Lee Myung-bak | ||||
Kim Hwang-sik | |||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Penubuhan | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 100,210 km2 (38,690 bt2) (ke-108) | ||||
0.3 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2010 | 48,875,000[1] (ke-24) | ||||
491/km2 (1,271.7/sq mi) (ke-21) | |||||
KDNK (PPP) | 2010 | ||||
• Jumlah | $1.459 trilion[2] | ||||
$29,835[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2010 | ||||
• Jumlah | $1.007 trilion[2] | ||||
$20,590[2] | |||||
Gini (2007) | 31.3[3] Ralat: Nilai Gini tidak sah | ||||
HDI (2010) | ▲ 0.877[4] Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-12 | ||||
Mata wang | Won Korea Selatan (₩) ( KRW ) | ||||
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Korea) | ||||
UTC+9 (tiada) | |||||
Format tarikh | yyyy년 mm월 dd일 yyyy/mm/dd (CE) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | 8 | ||||
Kod ISO 3166 | KR | ||||
DPT internet | .kr, .한국 | ||||
|
Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal zaman Paleolitik Awal.[6][7] Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh Raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea melalui Dinasti Goryeo dan Dinasti Joseon sebagai satu negara sehingga berakhirnya Empayar Korea pada tahun 1910, apabila Korea diilhakkan oleh Jepun. Selepas dibebaskan lalu diduduki oleh tentera Soviet dan A.S. di akhir Perang Dunia Kedua, negara Korea terbahagi kepada Utara dan Selatan. Korea Selatan ditubuhkan sebagai demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun lagi hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.
Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan pada 25 Jun 1950, peperangan yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata, tetapi sempadan antara kedua-dua negara itu adalah yang paling kuat dikubui di dunia.[8] Selepas perang, ekonomi Korea Selatan berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah ekonomi utama dunaia,[9] sebuah demokrasi sepenuhnya, dan kuasa serantau di Asia Timur.
Korea Selatan ialah sebuah negara republik berpresiden yang terdiri daripada 16 bahagian pentadbiran. Ia merupakan sebuah negara maju dengan taraf hidup yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan ke-15 (nominal) atau ke-12 (pariti kuasa besar) terbesar di dunia.[10] Ekonomi ini didorong oleh eksport, di mana pengeluaran tertumpu pada elektronik, kereta, kapal, jentera, petrokimia dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah anggota PBB, WTO, OECD dan G-20, serta juga anggota pengasas APEC dan Sidang Kemuncak Asia Timur.