Pengguna:Kurniasan/Laman Utama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Tahukah anda...
- ... bahawa hanya dua salinan peta Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio yang diketahui wujud sehingga kini?
- ... bahawa pesawat pejuang Tupolev Tu-128 buatan Kesatuan Soviet merupakan pesawat pejuang terbesar dan terberat pernah dibina?
- "... bahawa pengetahuan tentang konfigurasi elektron boleh membantu menerangkan ciri laser dan semikonduktor?"
- ... bahawa melalui Perdamaian Münster, Mahkota Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Republik Belanda dan ini mengakhiri Perang Lapan Puluh Tahun (1568–1648) di antara dua negara tersebut?
- ... bahawa bioplastik boleh dihasilkan daripada bahan terbitan gula dan sumber-sumber biojisim?
Berita terkini
- Nahas helikopter dekat Varzaqan, Iran mengorbankan Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta pegawai tertinggi kerajaan.
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
Hari ini dalam sejarah
27 Mei: Hari Kanak-Kanak di Nigeria; Hari Ibu di Bolivia
- 1860 – Penyatuan Itali: Giuseppe Garibaldi (gambar) dan sukarelawan baju merah melancarkan serangan terhadap Palermo, ibu kota Kerajaan Dua Sicily.
- 1923 – Perlumbaan kereta 24 Heures du Mans yang pertama diadakan di Le Mans, Sarthe, Perancis.
- 1937 – Jambatan Golden Gate yang menghubungkan San Francisco ke Kaunti Marin, California dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia
- 1958 – F-4 Phantom II, pejuang jet penguasaan udara utama bagi Tentera Laut dan Udara A.S., menjalankan penerbangan sulungnya.
- 2006 – Gempa bumi berukuran 6.3 Mw melanda Kota Yogyakarta di pulau Jawa, Indonesia, mengorbankan lebih 5,700 orang.