Polis Bantuan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Polis Bantuan atau di negara barat seperti Amerika Syarikat dikenali sebagai "Auxiliary Police" ialah pegawal keselamatan khas yang bekerja untuk organisasi kerajaan atau syarikat swasta dengan tugas melindungi kemudahan, harta benda, pekerja, pengguna dan pelawat tempat-tempat kerajaan atau pusat membeli-belah. Polis Bantuan tidak boleh melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan seperti anggota polis regular melainkan arahan terbaru dari Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (IGP). Polis Bantuan hanya diberi kuasa polis apabila bertugas di dalam bangunan atau kawasan majikan mereka bertugas bagi mencegah jenayah dari berlaku. Misalnya Polis Bantuan Pos Malaysia, Polis Bantuan Bandaraya, Polis Bantuan Pelabuhan, Polis Bantuan Lebuhraya dan "Federal Air Marshal Service",
Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta 344 Akta Polis 1967 dari Seksyen 41 hingga Seksyen 50 sahaja dan Peraturan–Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21 Disember 1970).
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1970 - Kini |
Ibu pejabat | FELDA, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kakitangan | Pengawal Keselamatan |