Puteri Diraja
From Wikipedia, the free encyclopedia
Puteri Diraja (bahasa Inggeris: Princess Royal) ialah gelaran istimewa yang diberikan oleh Raja British kepada puteri sulung baginda. Puteri Diraja terkini ialah Puteri Anne, yang menyandang gelaran itu sejak tahun 1987. Ia adalah gelaran kehormatan dan penghormatan tertinggi bagi seorang wanita kerabat diraja British. Tradisi itu bermula apabila Permaisuri Henrietta Maria, isteri Raja Charles I, ingin meniru gaya Perancis menyapa puteri sulung raja.
Puteri Diraja Princess Royal | |
---|---|
Gelaran | Her Royal Highness (Duli Yang Teramat Mulia) |
Bidang kuasa | United Kingdom, United Kingdom Great Britain dan Ireland, Kerajaan Great Britain dan Kerajaan England |
Kediaman | Istana St James |
Dilantik oleh | Raja United Kingdom |
Tempoh jawatan | Seumur hidup atau sehingga naik takhta |
Penjawat sulung | Mary, Puteri Diraja dan Puteri Orange |
Dibentuk | 1642 |
sunting · sunting di Wikidata |
Puteri Diraja pertama ialah Puteri Mary pada tahun 1642, puteri sulung Henrietta dan Charles. Gelaran itu tidak diberikan secara automatik; terpulang kepada raja yang memerintah untuk membuat keputusan. Beberapa puteri yang layak tidak menerima gelaran itu kerana mereka sudah memegang gelaran lain, seperti menjadi ratu atau puteri negara lain.
Puteri Diraja tidak pernah menjadi Raja British, tetapi mereka memegang gelaran itu seumur hidup, walaupun mereka hidup lebih lama daripada bonda dan ayahanda mereka. Apabila seorang Puteri Diraja mangkat, gelaran itu tidak diturunkan kepada anakanda perempuannya. Sebaliknya, raja baharu boleh memilih untuk mengurniakannya kepada puteri sulung mereka sendiri.
Jika seorang puteri berkahwin, baginda mungkin mengambil gelaran suaminya, tetapi jika baginda bergelar Puteri Diraja, baginda biasanya mengekalkan gelaran itu walaupun selepas berkahwin. Puteri Anne yang telah menjadi Puteri Diraja sejak tahun 1937 telah mengekalkan gelaran itu selepas perkahwinannya.
Sekiranya Puteri Anne mangkat semasa pemerintahan kekanda sulungnya Raja Charles III, tidak akan ada puteri diraja yang layak menggantikan baginda. Puteri Charlotte, puteri tunggal William, Putera Wales, hanya layak dikurniakan gelaran itu jika William menjadi raja.