Samguk Sagi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Samguk Sagi (Hangul: 삼국사기; Hanja: 三國史記; Jawi: سمڬوک ساڬي; yang bermaksud Sejarah Tiga Kerajaan) ialah teks sejarah klasik Korea yang merupakan rekod tiga kerajaan Korea iaitu Goguryeo, Baekje dan Silla. Samguk Sagi ditulis dalam tulisan klasik Cina (tulisan bahasa literasi tradisi Korea). Kim Busik (김부식, 金富軾) dan sekumpulan ilmuwan telah mengumpul teks sejarah Samguk Sagi atas perintah Raja Goryeo Injong. Selesai dikarang pada tahun 1145, ia terkenal di Korea sebagai rekod sejarah tertua dalam sejarah Korea.
Fakta Segera Umum, Pengarang ...
Umum | |
---|---|
Pengarang | Kim Busik |
Tajuk asal | 삼국사기 (三國史記) |
Negara | Goryeo |
Bahasa | Bahasa Cina Klasik |
Subjek | Sejarah Korea |
Genre | Sejarah purba |
Tarikh penerbitan | 1145 |
Tutup