Sarah Palin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sarah Louise Palin (lahir 11 Februari 1964) ialah ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Gabenor Alaska ke-9 dari tahun 2006 hingga tahun 2009. Beliau ialah calon naib presiden untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008 mendampingi John McCain (Republikan) namun dikalahkan oleh pasangan Barack Obama dan Joe Biden (Demokrat).
Sarah Palin | |
---|---|
Gabenor Alaska ke-9 | |
Dalam jawatan 4 Disember 2006 ā 26 Julai 2009 | |
Timbalan | Sean Parnell |
Didahului oleh | Frank Murkowski |
Datuk Bandar Wasilla, Alaska | |
Dalam jawatan 1996ā2002 | |
Didahului oleh | John Stein |
Digantikan oleh | Dianne Keller |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1964-02-11) 11 Februari 1964 (umur 60) Sandpoint, Idaho, A.S. |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Todd Palin (sejak 1988, cerai 2020) |
Anak-anak | Track, Bristol, Willow, Piper, Trig |
Kediaman | Wasilla, Alaska |
Alma mater | Universiti Idaho |
Profesion | Wartawan, ahli politik |
Laman web rasmi | Laman web rasmi |
Palin dipilih sebagai gabenor pada akhir 2006 setelah mengalahkan gabenor yang berkhidmat ketika itu, Frank Murkowski dalam pencalonan Parti Republikan, dan mengalahkan bekas gabenor Parti Demokrat, Tony Knowles dalam pilihan raya umum. Palin ialah wanita pertama sekaligus gabenor termuda yang pernah memegang jawatan Gabenor Alaska. Sebelum ini, Palin menjadi ahli dewan bandar Wasilla, Alaska dari tahun 1992 hingga 1996 (dua kali semasa tempoh jawatan), dan terpilih dua kali sebagai datuk bandar Wasilla, pada tahun 1996 dan 1999. Pada tahun 2002, Beliau pernah mencalonkan diri sebagai leftenan gabenor namun tidak terpilih. Palin mendapat ijazah Sarjana Seni dalam bidang kewartawanan Universiti Idaho.
Pada 29 Ogos 2008, calon presiden dari Parti Republikan, John McCain mengumumkan bahawa Palin telah dipilih sebagai pendamping dalam pilihan raya umum. Ini menjadikan Palin sebagai wanita calon naib presiden kedua yang mewakili parti politik besar di Amerika Syarikat selepas Geraldine Ferraro, sekaligus wanita calon wakil presiden pertama dari Parti Republikan. Beliau juga menjadi ahli politik kelahiran Alaska yang pertama kali mengikuti pilihan raya presiden/naib presiden di AS.
Palin mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk kerusi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi daerah kongres besar Alaska yang kosong akibat kematian penyandang kerusi tersebut Don Young dalam pilihan raya khas yang diadakan pada 16 Ogos 2022, namun beliau ditewaskan oleh calon Demokrat Mary Peltola. Beliau akan bertanding semula untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum pada bulan November 2022.