Senarai kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:United States Navy ship types Berikut merupakan senarai kapal pengangkut pesawat yang telah atau berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal-kapal ini dikelaskan dengan menggunakan designasi simbol pengenalan badan iaitu CV (kapal pengangkut pesawat), CVA (kapal pengangkut pesawat penyerang), CVB (kapal pengangkut pesawat besar), CVL (kapal pengangkut pesawat ringan), CVN (kapal pengangkut pesawat (berkuasa nuklear)) dan CVAN (kapal pengangkut pesawat penyerang (berkuasa nuklear)). Bermula dengan kelas-Forrestal, (CV-59 hingga kini), kesemua kapal pengangkut pesawat yang ditauliahkan ke dalam perkhidmatan dikelaskan sebagai kapal pengangkut pesawat super. Tentera Laut A.S juga menggunakan kapal pengiring pengangkut pesawat dan kapal pengangkut pesawat udara. Senarai ini tidak termasuk kapal-kapal amfibia yang juga boleh digunakan sebagai kapal pengangkut pesawat.