Tarikh
hari tertentu mengikut takwim tertentu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tarikh atau tanggal ialah rujukan bagi hari tertentu yang diwakili dalam sistem takwim. Tarikh membolehkan hari tertentu dikenal pasti. Bilangan hari antara dua tarikh boleh dihitung. Contohnya, "24 April 2024" adalah sepuluh hari selepas "14 April 2024" dalam takwim Gregory. Tarikh bagi suatu peristiwa tertentu bergantung pada zon masa tercerap. Contohnya serangan udara terhadap Pearl Harbor yang bermula pada 7:48 a.m. waktu Hawaii pada 7 Disember 1941 terjadi pada 3:18 a.m. 8 Disember di Jepun (Waktu Piawai Jepun).