Tempo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Tempoh.
Rencana ini mengenai tahap kerancakan gubahan muzik. Untuk majalah Indonesia berjudul sama, sila lihat Tempo (majalah).
Tempo [tém-po] ("masa" dalam bahasa Itali) merujuk kepada tahap kerancakan atau kelajuan rentak sesebuah gubahan lagu. Kerancakan sesuatu gubahan muzik klasikal dinyatakan pada halaman pertama muzik lembaran selain juga penyukatan berapa banyak rentak yang dikira kedengaran dalam satu minit (beats per minute, bpm). Gubahan muzik klasik moden akan menggunakan suatu "tanda metronom" ("metronome mark" sebagai gantian atau iringan manakala karya genre muzik moden seperti EDM akan lebih dijelaskan kerancakan menggunakan unit bpm.