Unit Gempur Marin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Pelabuhan Klang Selangor bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Anggota terdiri daripada anggota Pasukan Polis Marin seluruh Malaysia yang dipilih melalui pemilihan.
Unit Gempur Marin | |
---|---|
Aktif | Mac, 2006 - Kini |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Polis Marin |
Jenis | Pasukan Elit |
Peranan | Pencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang |
Saiz | 30 orang (Nukleus Pertama) |
Sebahagian daripada | Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Pangkalan | Pangkalan Polis Marin Pelabuhan Klang, Selangor Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah |
Warna | Beret Biru Muda |
Peringatan | 25 Mac (Peringatan Hari Polis), 31 Ogos (Hari Kemerdekaan Malaysia) |
Komander | |
Colonel-Commandant | Senior Assistant Commissioner II Isa bin Munir |
UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.