W. E. B. Du Bois
From Wikipedia, the free encyclopedia
William Edward Burghardt Du Bois (23 Februari 1868 - 27 Ogos 1963) ialah seorang penulis, sejarawan, ahli sosiologi serta penggiat sosialisme dan hak sivil dari Amerika Syarikat.
W. E. B. Du Bois | |
---|---|
Kelahiran | William Edward Burghardt Du Bois (1868-02-23)23 Februari 1868 |
Meninggal dunia | 27 Ogos 1963(1963-08-27) (umur 95) |
Pusat pendidikan |
|
Terkenal kerana |
|
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 orang, termasuk Yolande |
Anugerah | Pingat Spingarn 1920 Hadiah Keamanan Lenin 1959 |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Hak awam, sosiologi, sejarah |
Institusi | Universiti Atlanta, NAACP |
Tesis | The Suppression of the African Slave-trade to the United States of America, 1638–1870 (1896) |
Penasihat kedoktoran | Albert Bushnell Hart |
Pengaruh | Alexander Crummell William James |
Tandatangan | |
Karya-karya beliau amat berpengaruh dalam alam sastera masyarakat kulit hitam Amerika Syarikat yang utama membentuk sastera dalam negara tersebut. Penulisan beliau banyak menyentuh dan mengkritik keadaan masyarakat kaumnya yang terjejas daripada ketidakadilan dasar-dasar pembezaan layanan dengan masyarakat kulit putih sezamannya serta menegaskan nasib orang kulit hitam yang tiada kaitan dengan pemerosotan yang berlaku disebabkan kegagalan pemulihan pasca-perang Saudara.
Beliau juga amat giat dalam perjuangan menangkis rasa penyisihan kaum dengan lantangnya melawan pemulauan dan pembunuhan semberono terhadap masyarakat kulit hitam yang turut menarik perhatian banyak kaum bukan putih lain.