Kepler-452b
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kepler-452b merupakan sebuah planet luar suria yang mengorbit bintang jenis kelas-G, Kepler-452. Ia dikenal pasti oleh teleskop angkasa Kepler dan penemuan planet itu diumumkan kepada orang ramai oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 23 Julai 2015.[2] Ia adalah planet berbatu seperti Bumi pertama yang berpotensi, yang ditemui mengorbit dalam zon boleh didiami bintang yang serupa seperti matahari.[4][5] Menggunakan kriteria Indeks Keserupaan Bumi, Kepler-452b ialah planet luar suria keenam yang diketahui sehingga hari ini.
Planet luar suria | Senarai | |
---|---|---|
Bintang induk | ||
Bintang | Kepler-452 | |
Buruj | Undan (Cygnus) | |
Jarak hamal | (α) | 19j 44m 00.89s[1] |
Keserongan | (δ) | +44° 16′ 39.2″[1] |
Jarak | 1400 ly (430 pc) | |
Jenis spektrum | G2[1][2] | |
Jisim | (m) | 1.037+0.054 −0.047[1] M? |
Jejari | (r) | 1.11+0.15 −0.09[1] R? |
Suhu | (T) | 5757±85[1] K |
Kelogaman | [Fe/H] | 0.21±0.09[1] |
Umur | 6±2[1] Gtahun | |
Ciri fizikal | ||
Jisim | (m) | 5 ± 2 (diramalkan) M? |
Jejari | (r) | 1.63+0.23 −0.20[1] R? (10.4+1.5 −1.3 Mm) |
Ketumpatan | (ρ) | 6.4+6.8 −3.8 (diramalkan) g cm-3 |
Graviti permukaan | (g) | 18.5+15.1 −10.0 (diramalkan) m/s² (1.9+1.5 −1.0 g) |
Suhu | (T) | 265+15 −13 K[1] (−8+15 −13 °C, 17.6+27 −23.4 °F) K |
Maklumat penemuan | ||
Tarikh penemuan | 23 Julai 2015 (diumumkan) | |
Penemu | Pasukan Sains Kepler | |
Kaedah pengesanan | Fotometri singgah | |
Tempat penemuan | Kepler | |
Status penemuan | Diumumkan | |
Unsur orbit | ||
Paksi semimajor | (a) | 1.046+0.019 −0.015[1] AU |
Tempoh orbit | (P) | Sekitar 384.843+0.007 −0.012[1] h |
Kecondongan | (i) | 89.806+0.134 −0.049° |
Designasi lain | ||
KOI-7016.01[3] | ||
Rujukan pangkalan data | ||
Extrasolar Planets Encyclopaedia | data | |
SIMBAD | data |
Planet Kepler-452b berada pada jarak 1,400 tahun cahaya dari Sistem Suria. Dengan kelajuan kapal angkasa New Horizons kira-kira 59,000 km/j (37,000 mph), ia mungkin mengambil masa 26 juta tahun untuk ke sana.[6]