Markas Angkasa Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) adalah markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | September 1985 – Oktober 2002 29 Ogos 2019 – kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas medan bersepadu |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
Ibupejabat | Peterson AFB[1] |
Laman web | www |
Komander | |
Panglima | Jeneral Stephen Whiting, USSF |
Timbalan Panglima | Leftenan Jeneral Thomas L. James, USA |
Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat | CCM Jacob C. Simmons USSF[2] |
Ia pada asalnya ditubuhkan pada September 1985 untuk menyelaras penggunaan ruang angkasa oleh Angkatan Tentera AS.[3] Panglima Tertinggi Markas Angkasa A.S. (CINCUSSPACECOM) juga berfungsi sebagai Panglima Tertinggi Markas Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (CINCNORAD) milik dwi negara AS-Kanada, dan untuk sebahagian besar masa kewujudan USSPACECOM, adalah juga Panglima Markas Angkasa Tentera Udara.
Pada tahun 2018, diumumkan bahawa Markas Angkasa A.S. akan ditubuh semula sebagai sebuah markas medan bersepadu. Tujuan untuk pengaktifan semula dan kelulusan dari Kongres telah diisytiharkan pada 29 Ogos 2019. Jeneral John W. Raymond, USAF, merupakan Panglima, Markas Angkasa AS, merangkap Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara.