Pemberontakan Mau Mau
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemberontakan Mau Mau atau Kebangkitan Mau Mau merupakan sebuah konflik yang berlaku antara tahun-tahun 1952 dan 1964 di jajahan Kenya milik British.[5] Perang ini melibatkan puak-puak Kikuyu,Meru dan Embu terutamanya menentang Tentera Darat British dan Rejimen Kenya.[6]
Kebangkitan Mau Mau | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada penyahjajahan Afrika | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
| Pemberontak Mau Mau[A] | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Winston Churchill (1951–1955) |
Dedan KimathiTemplat:Executed Musa Mwariama Waruhiu Itote Stanley MathengeTemplat:MIA | ||||||
Kekuatan | |||||||
10,000 askar biasa 21,000 polis 25,000 anggota Kikuyu Home Guard[1][2] | Tidak diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
200 terkorban 579 cedera |
12,000 terkorban (rasmi); 20,000+ orang barangkali terkorban (tidak rasmi)[3] 2,633 orang ditahan 2,714 orang menyerah diri | ||||||
warga Kenya terkorban: 1,819 warga Kenya cedera: 916 warga Asia terkorban: 26 warga Asia cedera: 36 warga Eropah terkorban: 32 warga Eropah cedera: 26 |
Golongan yang terlibat dalam pemberontakan Mau Mau kini diiktiraf oleh pemerintah Kenya sebagai pejuang kebebasan yang mengorbankan nyawa mereka untuk memerdekakan Kenya dari kurungan penjajahan.[7] Sejak tahun 2010, Hari Mashujaa (mashujaa bermaksud "wira") telah diraikan di Kenya setiap tahun pada 20 Oktober - iaitu hari sama Baring menandatangani perintah Darurat ke atas negara tersebut - sejak tahun 2010.[8]