Protes George Floyd
siri kekacauan awam di Amerika Syarikat dan dunia berikutan kematian George Floyd / From Wikipedia, the free encyclopedia
Protes George Floyd merupakan siri tunjuk perasaan yang berterusan terhadap kekejaman polis yang bermula di Minneapolis, Amerika Syarikat pada 26 Mei 2020.[2] Pergolakan awam dan protes tersebut berlaku sebagai tindak balas antarabangsa terhadap kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun yang mati dibunuh pada 25 Mei 2020, sehari sebelum protes bermula, setelah Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih yang berpusat di Jabatan Polis Minneapolis, melutut pada leher Floyd selama hampir lapan minit ketika menahannya sementara tiga orang lagi pegawai polis hanya memerhatikan kejadian itu serta menghalang orang lalu-lalang daripada masuk campur. Chauvin dan tiga orang pegawai polis tersebut akhirnya dipecat dan ditahan.[3]
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Protes George Floyd (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Protes George Floyd | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Black Lives Matter dan reaksi terhadap pembunuhan George Floyd | ||||||||||
Tarikh | 26 Mei 2020 – sekarang (3 tahun, 11 bulan, 2 minggu dan 5 hari) | |||||||||
Lokasi | ||||||||||
Punca |
| |||||||||
Kaedah | Protes, demonstrasi, ketidakpatuhan awam, tentangan awam, aktivisme dalam talian, mogok, rusuhan | |||||||||
Status | Sedang berlangsung | |||||||||
Kematian, kecederaan dan penangkapan | ||||||||||
Maut | 31[lower-alpha 1] | |||||||||
Ditangkap | 14,000+[1] |
Protes yang dibuat asalnya bermula sebagai tunjuk perasaan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di Minnesota sebelum merebak dengan pantas di seluruh Amerika Syarikat dan telah diadakan di lebih 2,000 buah bandar di lebih 60 buah negara di peringkat antarabangsa bagi menuntut bela kematian George Floyd serta menyokong gerakan Black Lives Matter.[4][5][6][7] Tinjauan pada musim panas 2020 menganggarkan bahawa antara 15 juta hingga 26 juta orang telah menyertai demonstrasi tersebut di Amerika Syarikat pada suatu ketika, menjadikan protes itu terbesar dalam sejarah negara tersebut.[8]
Walaupun tunjuk perasaan kebanyakannya dibuat secara aman, namun terdapat demonstrasi di beberapa buah bandar terutamanya di Amerika Syarikat berubah menjadi rusuhan dan kegiatan merompak secara besar-besaran, diikuti dengan banyak insiden kekejaman polis terhadap para penunjuk perasaan dan wartawan.[9][10] Pada awal Jun 2020, sekurang-kurangnya 200 buah bandar di negara tersebut telah melaksanakan perintah berkurung, sementara lebih 30 buah negeri dan Washington, D.C. telah mengaktifkan lebih 62,000 anggota pengawal kebangsaan ekoran daripada rusuhan dan pergolakan yang berlaku secara besar-besaran.[11][12][13] Menjelang akhir Jun, sekurang-kurangnya 14,000 orang telah ditangkap.[14] Dianggarkan bahawa antara 26 Mei hingga 22 Ogos 2020, 93% daripada protes adalah "damai dan tidak membinasakan". Anggaran lain pula mendapati bahawa 96.3% daripada protes tidak melibatkan kecederaan serta tidak merosakkan harta benda.[15]
Protes ini menyebabkan banyak usul perundangan dibawa di peringkat persekutuan, negeri dan perbandaran atas tujuan memerangi salah laku polis, perkauman sistemik, kekebalan undang-undang dan kekejaman polis di Amerika Syarikat.[16][17] Sementara itu, pentadbiran Donald Trump telah mengundang kritikan yang meluas berikutan retorik tegas dan tindakan ketenteraannya yang agresif.[18] Protes tersebut juga membawa kepada penghapusan monumen-monumen dan perubahan nama-nama yang berbaur perkauman di banyak tempat di seluruh dunia. Protes tersebut turut berlaku ketika pandemik COVID-19 sedang melanda seluruh dunia.[19]