Ajinomoto
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社code: ja is deprecated , Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Nama asli | 味の素株式会社 |
---|---|
Nama rumi | Ajinomoto Kabushiki-gaisha |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam (K.K.) |
Didagangkan sebagai | TYO: 2802 MYX: 2658 Komponen 70 Besar TOPIX |
ISIN | JP3119600009 |
Industri | Makanan |
Ditubuhkan | 17 Jun 1917; 106 tahun yang lalu (1917-06-17) (sebagai S. Suzuki & Co. Ltd.) |
Pengasas | Kikunae Ikeda |
Ibu pejabat | Chūō, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | 35 negara |
Tokoh penting | Takaaki Nishii (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif) |
Keluaran | Perasa, minyak masak, makanan beku, pemanis, asid amino dan farmaseutikal |
Hasil | ▼ ¥1,150 bilion (FY 2017)[1] |
Pendapatan kendalian | ▼ ¥83 bilion (FY 2017)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ ¥69 bilion (FY 2017)[1] |
Jumlah aset | ▼ ¥1,426 bilion (FY 2017)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ ¥721 billon (FY 2017)[1] |
Bilangan kakitangan | 32,734 (2017)[1] |
Anak syarikat | Ajinomoto (United States), PT Ajinomoto Indonesia |
Tapak web | Ajinomoto Group |
sunting · sunting di Wikidata |
Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.
Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.