Al-Muktafi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abû Ahmad ʿAlî ibn Ahmad al-Muʿtamid (Arab: أبو أحمد علي بن أحمد المعتمدcode: ar is deprecated ) (877/878 – 13 Ogos 908), atau lebih dikenali dengan nama al-Muktafi bi-Allah (Arab: المكتفي باللهcode: ar is deprecated [1]), adalah khalifah ke-17 dari khilafah Abbasiyyah di Baghdad bermula pada tahun 902 sehingga 908. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya iaitu al-Mu'tadid, melalui isteri yang berketurunan Turki. Beliau memerintah ar-Raqqah semasa kematian bapa beliau. Apabila beliau kembali ke Baghdad, beliau disukai rakyat oleh kerana kemurahan hati beliau dan juga menghapuskan penjara rahsia bapa beliau, yang merupakan ketakutan rakyat di Baghdad. Semasa pemerintahan beliau selama hampir 7 tahun, empayar Abbasiyyah berdepan dengan pelbagai bahaya; yang mana dihadapi oleh beliau dengan berani. Yang paling utama beliau terpaksa menghadapi ancaman yang berasal dari Qarmat iaitu salah satu cabang Ismailiyah yang mulai berkembang semasa tahun-tahun terakhir pemerintahan beliau.
Abû Ahmad “al-Muktafî bi-lah” ʿAlî ibn Ahmad al-Muʿtamid أبو أحمد "المكتفي بالله" علي بن أحمد المعتمد | |
---|---|
Khalifah ke-17 dari khilafah Abbasiyyah | |
Pemerintahan | 5 April 902 – 13 Ogos 908 |
Didahului oleh | Al-Mu'tadid |
Diikuti oleh | Al-Muqtadir |
Keputeraan | 24 Disember 877 Baghdad, khilafah Abbasiyyah, kini Iraq |
Kemangkatan | 13 Ogos 908 (umur 31 tahun) Baghdad, khilafah Abbasiyyah, kini Iraq |
Anakanda | Al-Mustakfi |
Dinasti | Abbasiyyah |
Ayahanda | al-Mu'tadid |
Agama | Sunni Islam |