Alexandria Ocasio-Cortez
ahli politik Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Alexandria Ocasio-Cortez (Sebutan Sepanyol: [oˈkasjo koɾˈtes]; lahir 13 Oktober 1989) atau juga dikenali dengan parapnya AOC, ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau mewakili daerah kongres ke-14 negeri New York (merangkumi Bronx Timur, sebahagian Queens utara dan tengah serta Pulau Rikers dalam Bandar Raya New York) dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 2019 dari Parti Demokrat; beliau merupakan wanita termuda berkhidmat dalam Kongres Amerika Syarikat pada usia 29 tahun.[1][2] Beliau sebelum ini melibatkan diri dalam aktivisme setempat sehingga ke peringkat negara dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 membantu kempen pencalonan Bernie Sanders.
Alexandria Ocasio-Cortez | |
---|---|
Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari daerah ke-14th New York | |
Memegang jawatan 3 Januari 2019 | |
Didahului oleh | Joe Crowley |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1989-10-13) 13 Oktober 1989 (umur 34) Bandar Raya New York, Amerika Syarikat |
Parti politik | Parti Demokrat |
Rakan kongsi domestik | Riley Roberts |
Pendidikan | Universiti Boston (BA) |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | House website |
Beliau berkecenderungan sosialis hasil penglibatan dalam pertubuhan Democratic Socialists of America bersama seorang rakan sekerjanya Rashida Tlaib,[3][4] mereka berdua dalam kelompok progresivis berpengaruh dalam Parti Demokrat disebutkan sebagai "The Squad".[5] Beliau turut menonjol dalam menghubungkan kepada orang ramai dasar-dasarnya melalui media sosial.[6]