Andrew Cunningham, Viscount Pertama Cunningham dari Hyndhope
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Armada Andrew Browne Cunningham, Viscount Pertama Cunningham dari Hyndhope, KT, GCB, OM, DSO & Dua Bar (7 Januari 1883 – 12 Jun 1963) adalah seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja (RN) British semasa Perang Dunia II. Beliau lebih dikenali dengan nama timangan, "ABC".[1]
Viscount Cunningham dari Hyndhope | |
---|---|
Nama lahir | Andrew Browne Cunningham |
Nama samaran | "ABC" |
Kelahiran | (1883-01-07)7 Januari 1883 Rathmines, Ireland |
Meninggal dunia | 12 Jun 1963(1963-06-12) (umur 80) London |
Place of burial | Dikebumikan di laut jauh dari Portsmouth |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Laut Diraja |
Tahun perkhidmatan | 1897–1946 |
Pangkat | Laksamana Armada |
Arahan | HMS Scorpion HMS Rodney Skuadron Kruiser Tempur Armada Mediterranean First Sea Lord |
Pertempuran | Perang Boer Kedua Perang Dunia I
Kempen British di Baltik
|
Anugerah | Viscounty Hyndhope Knight of the Order of the Thistle Knight Grand Cross of the Order of the Bath Member of the Order of Merit Distinguished Service Order & Dua Bar |
Hubungan | Jeneral Sir Alan Cunningham (adik) |
Tugas lain | Pesuruhjaya Tinggi kepada Perhimpunan Agung Gereja Scotland Lord High Steward |
Cunningham telah dilahirkan di Rathmines di bahagian selatan Dublin pada 7 Januari 1883. Selepas memulakan persekolahan di Dublin dan Edinburgh, beliau mendaftar di Sekolah Stubbington House, pada usia 10 tahun, memulakan pergaulannya dengan Royal Navy. Selepas lulus dari Kolej Tentera Laut Diraja Britannia, Dartmouth, pada tahun 1898, beliau naik pangkat dengan cepat. Beliau memerintah sebuah kapal pembinasa semasa Perang Dunia I dan aktif bertugas pada zaman antara perang. Beliau dikurniakan Distinguished Service Order berserta dua Bar, untuk prestasinya pada waktu itu, terutama sekali untuk aksinya di Dardanelles dan di Baltik.
Pada Perang Dunia II, selaku Panglima Besar, Armada Mediterranean, Cunningham memimpin angkatan laut British sehingga mencapai kemenangan dalam beberapa pertempuran laut Mediterranean yang kritikal. Ini termasuklah serangan ke atas Taranto pada tahun 1940, iaitu serangan pertama sepenuhnya dari pesawat kapal laut dalam sejarah,[2] dan Pertempuran Cape Matapan pada tahun 1941. Cunningham mengawal garisan bekalan Mediterranean menerusi Iskandariah, Gibraltar, dan titik sempit utama Malta. Beliau juga mengarah bantuan laut untuk beberapa pendaratan besar pihak Bersekutu di zon pesisiran pantai Barat Mediterranean. Pada tahun 1943, Cunningham telah dilantik ke jawatan First Sea Lord, iaitu ketua profesional Tentera Laut Diraja dan menyandangnya sehingga bersara pada tahun 1946. Beliau telah dinaikkan darjat sebagai Baron Cunningham dari Hyndhope pada 1945 dan dijadikan Viscount Cunningham dari Hyndhope tahun berikutnya. Selepas persaraannya, Cunningham menikmati beberapa jawatan istiadat, seperti Lord High Steward di istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953. Beliau meninggal dunia pada 12 Jun 1963, semasa berusia 80 tahun.