Anggerik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anggerik (Jawi: اڠݢريقcode: ms is deprecated ) atau orkid (Jawi: اوركيدcode: ms is deprecated ) ialah jenis bunga yang termasuk dalam keluarga tumbuhan berbunga Orchidaceae. Keluarga tersebut merupakan satu dari dua keluarga tumbuhan berbunga paling besar bersama Asteraceae, ia mempunyai kira-kira 28,000 spesies yang diterima dalam 763 genus.[2][3] Keluarga bunga anggerik merangkumi kira-kira 6–11% daripada semua tumbuhan berbenih.[4] Bunga anggerik datang dalam pelbagai warna dan berbau harum.
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Subfamili ...
Anggerik Orkid | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Asparagales |
Keluarga: | Orchidaceae |
Subfamili | |
| |
Taburan keluarga Orchidaceae |
Tutup
Sejak tumbuhan orkid ini mula ditanam sebagai pokok hiasan pada abad ke-19, ahli-ahli hortikultur telah menghasilkan lebih daripada 100,000 kacukan dan kultivar.
Anggerik jenis Vanda Miss Joaquim merupakan bunga kebangsaan negara Singapura.