Armada Utama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai formasi tentera laut British. Untuk formasi tentera laut Amerika tahun 1838–1861, sila lihat Skuadron Utama. Untuk formasi tentera laut Amerika tahun 1865–1902 kadangkala dipanggil "Skuadron Utama", sila lihat Skuadron Atlantik Utara.
Armada Utama (Home Fleet) adalah sebuah armada dalam negeri Royal Navy yang beroperasi di perairan wilayah United Kingdom dari tahun 1902 dengan selang waktu sehingga tahun 1967.
Fakta Segera Aktif, Negara ...
Armada Utama | |
---|---|
Aktif | 1902–1904, 1907–1914, 1932–1967 |
Negara | United Kingdom |
Cawangan | Royal Navy |
Jenis | Armada |
Komander | |
Komander terkenal | George Callaghan, John Tovey, Bruce Fraser |
Tutup
Sebelum Perang Dunia Pertama, ia mengandungi empat buah kapal Pengawal Pelabuhan.[1] Pada tahun 1905 ia telah dibubarkan, dan daripada 1905 hingga 1907 sisa-sisa kapal yang kurang lengkap telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian simpanan (Bahagian Devonport, Bahagian Nore, dan Bahagian Portsmouth).[2] Semasa Perang Dunia Pertama, ia mengandungi beberapa buah kapal tua Royal Navy. Ketika Perang Dunia Kedua, ia merupakan angkatan tempur utama Royal Navy di perairan Eropah.