Armin van Buuren
From Wikipedia, the free encyclopedia
Armin Jozef Jacobus Daniël van Buuren OON (/væn ˈbjʊərən/ van-_-BEWR-ən,[7] Belanda: [ˈɑrmɪn ˈjoːzəf jɑˈkoːbʏs ˈdaːniˌjɛl vɑn ˈbyːrə(n)];, (lahir di Leiden, Belanda, 25 Disember 1976; umur 47 tahun)[1] ialah DJ dan penghasil musik trance asal Belanda. Sejak 2001, Armin van Buuren telah menjadi tuan empunya acara radio mingguan A State of Trance, yang mempunyai 40 juta pendengar setiap minggu di 84 negara serta lebih dari 100 saluran radio FM,[8]. Menurut website DJs and Festivals, "acara radio ini mendorong kemasyhuran Armin dan membantu menumbuhkan minat kepada musik trance di seluruh dunia."[9]
Armin Jozef Jacobus Daniël van Buuren | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir |
|
Kelahiran | (1976-12-25) 25 Disember 1976 (umur 47) Leiden, Belanda[1] |
Berasal dari |
|
Genre | |
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | |
Tandatangan | |
Van Buuren telah memenangkan banyak penghargaan. Beliau diiktiraf sebagai DJ nobmor satu oleh DJ Mag sebanyak lima kali, suatu rekod yang belum dipecahkan, selama empat tahun berturut-turut.[10] Selain itu, beliau menduduki tempat keempat dalam daftar DJ Mag Top 100 DJ pada tahun 2015, 2016, dan 2019,[11] dan peringkat ketiga pada tahun 2017.[12] Pada 2014, beliau mendapat nominasi Anugerah Grammy bagi Rakaman Muzik Tarian Terbaik untuk singlenya "This Is What It Feels Like" bersama Trevor Guthrie,[13] menjadikannya pemuzik trance keempat yang pernah menerima nominasi Anugerah Grammy.[14] Di Amerika, beliau memegang rekor untuk entri terbanyak, yakni dua puluh satu lagu, pada carta lagu Album Tarian/Elektronik Billboard.[15]