Balto (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Balto ialah sebuah filem drama pengembaraan bersejarah aksi langsung/animasi Amerika Syarikat 1995 yang diarah oleh Simon Wells, diterbitkan oleh Amblin Entertainment dan diedarkan oleh Universal Pictures. Filem ini secara longgar berdasarkan kisah sebenar tentang anjing bernama sama yang menolong untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada wabak difteria dalam pengangkutan serum ke Nome 1925. Bahagian aksi langsung filem ini dirakam di Central Park, di Bandar Raya New York.
Balto | |
---|---|
Pengarah | Simon Wells |
Lakon layar | Cliff Ruby & Elana Lesser David Steven Cohen Roger S.H. Schulman |
Cerita oleh | Cliff Ruby & Elana Lesser |
Dihasilkan oleh | Steve Hickner Steven Spielberg, Kathleen Kennedy, dan Bonne Radford (penerbit eksekutif) |
Dibintangi | Kevin Bacon Bridget Fonda Phil Collins Bob Hoskins Jim Cummings Juliette Brewer Robbie Rist Danny Mann Jack Angel Sandra Dickinson Miriam Margoyles (babak aksi langsung) Lola Bates-Campbell (babak aksi langsung) |
Dikisahkan oleh | Miriam Margoyles |
Sinematografi | Jan Richter-Friis |
Disunting oleh | Renee Edwards Nick Fletcher dan Sim Evan-Jones (penyunting menyelia) |
Muzik oleh | James Horner |
Syarikat penerbitan | Imagine Entertainment Amblimation |
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 78 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Pecah panggung | $11,348,324[1] |
Balto ialah filem cetera animasi terakhir yang diterbitkan oleh studio animasi Amblimation. Sungguhpun keluaran di pawagam bagi filem ini dibayangi oleh kejayaan filem Pixar yang bersaing, Toy Story, jualan kuat ikutannya dalam video rumah membawa kepada dua susulan direct-to-video: Balto II: Wolf Quest (2002), dan Balto III: Wings of Change (2004), serupa dengan susulan-susulan All Dogs Go to Heaven oleh Don Bluth.[2][3]