Bauhaus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Staatliches Bauhaus ("Balai Binaan Negara") merupakan sebuah sekolah seni Jerman yang beroperasi dari 1919 hingga 1933 semasa zaman Republik Weimar. Sekolah seni ini mempunyai pendekatan khusus dalam pengajaran kesenian yang menggabungkan aspek-aspek utama ilmu pertukangan dengan seni halus.[1]
Karya-karya yang dihasilkan dari sekolah ini dilihat penting dalam percubaan yang cuba menggabungkan estetika dengan fungsi seharian melalui reka bentuk dinampakkan pada karya-karya ini;[1] ia antara pengaruh penting gerakan Modenisme yang begitu menusuk segala bidang seni-seni tampak dan bina[2] termasuk reka bentuk dalaman, reka bentuk grafik dan tipografi.[3]
Bangunan-bangunan sekolah ini yang terletak di Weimar dan Dessau dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1996[4]