Cakera Blu-ray
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cakera Blu-ray [3] (bahasa Inggeris: Blu-ray Disccode: en is deprecated , BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.
Jenis media | Cakera optik berketumpatan tinggi |
---|---|
Pengekodan | H.262/MPEG-2 Part 2 H.264/MPEG-4 AVC VC-1 |
Kapasiti | 25 GB (lapisan tunggal) 50 GB (dwilapisan) 100/128 GB (BDXL) |
Saiz blok | 64 kb ECC |
Mekanisme baca | Diod laser 405 nm: 1× @ 36 Mbit/s (4.5 MB/s) |
Dibangunkan oleh | Blu-ray Disc Association[1] |
Dimensi | 120 mm (diameter) 1.2 mm (ketebalan)[2] |
Kegunaan | Storan data Video definisi tinggi (1080p) Audio definisi tinggi 3D stereoskopi Permainan PlayStation 3 |
| |
Optical media types | |
---|---|
| |
Standards | |
| |
Further reading | |
| |
Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.
Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.
Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008[4].