Campur tangan tentera 2011 di Libya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 19 Mac 2011, sebuah gabungan pelbagai negara pimpinan NATO memulakan campur tangan tentera di Libya, kononnya untuk melaksanakan Resolusi 1973 Majlis Keselamatan PBB. Tujuan dan pengundian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah mengadakan "satu gencatan senjata segera di Libya, termasuk menghentikan serangan semasa terhadap orang awam, yang dikatakan mungkin mewujudkan jenayah terhadap kemanusiaan ... melaksanakan larangan ke atas semua penerbangan di ruang udara negara itu – iaitu zon larangan terbang – dan mengetatkan sekatan terhadap rejim [Muammar] Gaddafi dan penyokongnya." Resolusi ini telah diambil sebagai tindak balas kepada peristiwa semasa Perang saudara Libya,[21] dan operasi ketenteraan bermula, dengan angkatan laut Amerika dan British menembak lebih 110 peluru berpandu Tomahawk,[22] pihak Tentera Udara Perancis, Tentera Udara Diraja British, dan Tentera Udara Diraja Kanada[23] membuat serangan mengejut diseluruh Libya dan sekatan tentera laut oleh angkatan Gabungan.[24] Jet-jet Perancis melancarkan serangan udara terhadap kereta kebal dan kenderaan Tentera Darat Libya.[25][26] Walaupun penggunaan serangan udara asing, campur tangan ini tidak mengandungi pasukan darat asing.[27] Tindak balas kerajaan Libya terhadap kempen ini tidak berkesan sepenuhnya, dengan tentera Gaddafi tidak mampu menembak jatuh sebarang pesawat NATO walaupun negara itu memiliki 30 pelancar berat SAM, 17 pelancar medium SAM, 55 pelancar ringan SAM (sejumlah 400–450 pelancar, termasuk 130–150 pelancar 2K12 Kub dan beberapa pelancar 9K33 Osa), dan 440–600 meriam pertahanan udara jarak dekat.[9][28]Nama rasmi yang diberi anggota gabungan bagi campur tangan ini adalah Opérasi Harmattan oleh Perancis; Operasi Ellamy oleh United Kingdom; Operasi Mobile bagi penglibatan Kanada dan Operasi Odyssey Dawn bagi pihak Amerika Syarikat.[29] Itali pada mulanya menentang campur tangan tersebut tetapi kemudian ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam operasi dengan syarat NATO diberi memimpin misi ini dan bukannya negara-negara individu (terutamanya Perancis). Apabila syarat ini dipenuhi, Itali berkongsi pangkalan dan risikannya dengan pihak Sekutu.[30]
Campur tangan tentera 2011 di Libya | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Saudara Libya dan Operasi Unified Protector | |||||||
Zon larangan terbang ke atas Libya serta pangkalan-pangkalan dan kapal-kapal perang yang terlibat dalam campur tangan ini | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Negara-negara yang menguatkuasakan Resolusi UNSC 1973:
Jordan Tentera Anti-Gaddafi | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Opérasi Harmattan LaksMdya. Rinaldo Veri |
Muammar Gaddafi † [5] Saif al-Islam Gaddafi (ditangkap 19 November)[6] Khamis Gaddafi † Al-Saadi Gaddafi Abu-Bakr Yunis Jabr †[5] Ali Sharif al-Rifi | ||||||
Kekuatan | |||||||
260 pesawat 21 kapal[7] |
200 pelancar medium/berat SAM 220 pelancar ringan SAM [8] 600 meriam anti-pesawat[9] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tiada 1 laskar udara terkorban dalam kemalangan trafik di Itali [10][11] 1 MQ-8 USN ditembak jatuh[12][13] 3 Juruterbang Tentera Laut Belanda ditangkap (kemudian dibebaskan)[14] 1 Lynx Tentera Laut Diraja Belanda dirampas[14] 1 F-15E USAF terhempas (Kerosakan mekanikal)[15] 1 F-16 UAEAF rosak semasa mendarat[16] |
5,900 sasaran tentera termasuk[7]
Bilangan askar terbunuh atau cedera yang tidak diketahui (dakwaan NATO)[17] | ||||||
72+ orang awam terkorban (mengikut Human Rights Watch)[18] 40 orang awam terkorban di Tripoli (dakwaan Vatican)[19] | |||||||
Pihak tentera AS mendakwa tidak mengetahui kecederaan orang awam.[20] |
Daripada permulaan campur tangan, gabungan awal Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Norway, Qatar, Sepanyol, UK dan AS[31][32][33][34][35] berkembang ke 19 negara, dengan negara baru kebanyakannya menguatkuasakan zon larangan terbang dan sekatan laut atau menyediakan bantuan logistik tentera. Usaha ini pada mulanya dipimpin oleh Perancis dan United Kingdom, dengan pemerintahan dikongsi bersama Amerika Syarikat. NATO mengambil alih sekatan senjata pada 23 Mac, dinamakan Operasi Unified Protector. Satu percubaan untuk menyepadukan pemerintahan tentera kempen udara (sementara mengekalkan kawalan politik dan strategik dengan kumpulan yang kecil), pertama kali gagal atas bantahan kerajaaan Perancis, Jerman, dan Turki.[36][37] Pada 24 Mac, NATO bersetuju mengambil alih kawalan zon larangan terbang, manakala pemerintahan unit-unit tinjauan darat kekal bersama angkatan gabungan.[38][39][40] Penyerahan berlaku pada 31 Mac 2011 jam 06:00 UTC (08:00 waktu tempatan). NATO membuat 26,500 serangan mengejut sejak ia mengambil alih misi Libya pada 31 Mac 2011.
Pertempuran di Libya berakhir pada hujung Oktober susulan dari kematian Muammar Gaddafi, dan NATO menyatakannya akan menamatkan operasi ke atas Libya pada 31 Oktober 2011. Kerajaan baru Libya memohon agar misinya diperluaskan hingga akhir tahun,[41] tetapi pada 27 Oktober, Majlis Keselamatan mengundi untuk menamatkan mandat NATO bagi tindakan ketenteraan pada 31 Oktober.[42]