Corazon Aquino
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Corazon Cojuangco" dan "Cory Aquino" dilencongkan di sini.
Di dalam nama orang Filipina untuk wanita yang berkahwin, nama tengah kelahiran atau nama keluarga ibu ialah Sumulong, nama keluarga kelahiran atau nama keluarga bapa Cojuangco, dan nama perkahwinan ialah Aquino.
María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino (lebih dikenali sebagai Cory Aquino; 25 Januari 1933 – 1 Ogos 2009)[1] ialah ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-11 dari 1986 hingga 1992, serta presiden wanita yang pertama di Asia. Beliau adalah isteri kepada Benigno Aquino, Jr., seorang senator pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Ferdinand Marcos ketika suaminya dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 semasa pulang daripada buangan. Beliau juga merupakan ibu kepada bekas presiden Benigno Aquino III.[2][3][4][5]
Fakta Segera Presiden Filipina ke-11, Naib Presiden ...
Corazon C. Aquino | |
---|---|
Presiden Filipina ke-11 | |
Dalam jawatan 25 Februari 1986 – 30 Jun 1992 | |
Naib Presiden | Salvador Laurel |
Didahului oleh | Ferdinand Marcos |
Digantikan oleh | Fidel V. Ramos |
Butiran peribadi | |
Lahir | María Corazon Sumulong Cojuangco (1933-01-25)25 Januari 1933 Paniqui, Manila, Filipina |
Meninggal dunia | 1 Ogos 2009(2009-08-01) (umur 76) Bandar Raya Makati, Filipina |
Parti politik | PDP–Laban Parti Liberal Pertubuhan Demokratik Nasionalis Bersatu (UNIDO) |
Pasangan | Benigno Aquino Jr. |
Tandatangan |
Tutup