Diosdado Macapagal
Presiden Filipina ke-9 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Diosdado Pangan Macapagal (28 September, 1910 – 21 April 1997) adalah Presiden Republik Filipina ke-9. Dia berkhidmat sebagai Presiden dari tahun 1961 hingga tahun 1965. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden ke-6, dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Beliau digelar sebagai Budak Miskin dari Lubao, Juara Lelaki Pertama and Orang yang jujur. Anak perempuannya, Gloria Macapagal-Arroyo berkhidmat sebagai presiden Republik Filipina dari tahun 2001 hingga tahun 2010.
Diosdado Macapagal | |
---|---|
Presiden Filipina ke-9 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1961 – 30 Disember 1965 | |
Naib Presiden | Emmanuel Pelaez (1961-1965) |
Didahului oleh | Carlos Garcia |
Digantikan oleh | Ferdinand Marcos |
Naib Presiden Filipina ke-6 | |
Dalam jawatan 30 Disember 1957 – 30 Disember 1961 | |
Presiden | Carlos Garcia |
Didahului oleh | Fernando Lopez |
Digantikan oleh | Emmanuel Pelaez |
Anggota DPR dari Pampanga, daerah 1 | |
Dalam jawatan 1947–1957 | |
Didahului oleh | Amado Yuzon |
Digantikan oleh | Francisco Nepomuceno |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1910-09-28)28 September 1910 Lubao, Filipina |
Meninggal dunia | 21 April 1997(1997-04-21) (umur 86) Bandar Makati, Filipina |
Parti politik | Parti Liberal |
Pasangan | Purita de la Rosa (1938–1943) Eva Macaraeg (1946–1996) |
Anak-anak | Cielo Arturo Gloria Diosdado Macapagal, Jr. |
Alma mater | Universiti Filipina Universiti Santo Tomas |
Profesion | Peguam Ahli politik |
Tandatangan |
Macapagal adalah kelulusan dari Universiti Filipina dan Universiti Santo Tomas, selepas itu, beliau bekerja sebagai peguam dengan kerajaan. Beliau, buat pertama kalinya, memenangi pilihanraya tahun 1949 untuk berkhidmat dengan Rumah Perwakilan, mewakili daerah kelahirannnya, Pampanga. Pada tahun 1957, Macapagal dilantik menjadi Naib Presiden dalam pentadbiran Presiden Carlos P. Garcia, dan pada tahun 1961 Macapagal menewaskan Presiden Garcia untuk menjadi Presiden Republik Filipina ke 9.
Sebagai Presiden, Macapagal menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk menghapuskan gejala rasuah untuk memulihkan ekonomi Filipina yang teruk ketika itu. Macapagal juga memperkenalkan Undang undang land reform, meletakkan Matawang Filipina (pesos) pada pertukaran matawang pasaran percuma, dan meliberalkan pertukaran matawang asing and kawalan import. Akan tetapi, kesemua reform yang dilakukannya, mendapat tentangan dari Kongress yang dikuasai oleh Parti Nacionalista. Macapagal juga terkenal dalam sejarah kerana menukar tarikh sambutan hari kemerdekaan Republik Filipina dari 4 Julai kepada 12 Jun, mengambil sempena Emilio Aguinaldo dan pejuang kemerdekaan yang lain mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyol pada tahun 1898. Macapagal telah ditewaskan pada tahun 1965 oleh Ferdinand Marcos, dan bermulanya pemerintahan diktatorial Marcos selama lebih kurang 20 tahun.
Diosdado Macapagal adalah keturunan Don Juan Macapagal (Putera dari Tondo) yang juga cicit kepada Raja Selurong, Raja Lakandula.[1]