Edward Jenner
From Wikipedia, the free encyclopedia
Edward Jenner FRS FRCPE[1] (17 Mei 1749 – 26 Januari 1823) ialah seorang doktor dan ahli sains Inggeris yang mempelopori idea pelalian melalui pendedahan kepada patogen mati atau pemvaksinan serta pengembangan bahan penggalak ia[2][3] berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap cacar lembu serta tindak balas terhadap penerimaan penyakit cacar lain pada manusia; penemuan ini dibukukan dalam makalah Inquiry into the Variolae vaccinae known as the Cow Pox tahun 1798.[4]
Fakta Segera Edward Jenner FRS FRCPE, Kelahiran ...
Edward Jenner FRS FRCPE | |
---|---|
Kelahiran | 17 May 1749 Berkeley, Gloucestershire, England |
Meninggal dunia | 26 Januari 1823(1823-01-26) (umur 73) Berkeley, Gloucestershire, England |
Warganegara | British |
Pusat pendidikan |
|
Terkenal kerana | Vaksin cacar Pemvaksinan |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Perubatan, sejarah alam |
Penasihat akademik | John Hunter |
Tutup
Kerja-kerja penyelidikan ini mengabadikan beliau sebagai "bapa imunologi" yang menyumbang utama kepada penyelamatan banyak nyawa yang barangkali terkorban atau diancam akibat jangkitan penyakit pada zamannya.[5][6][7][8]