Fly With Yaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fly With Yaya ialah sebuah siri pendek web[1] di YouTube yang diterbitkan oleh Animonsta Studios dan Creative Minds. Ia merupakan sempalan daripada siri animasi Animonsta, BoBoiBoy, dan dibintangi salah seorang watak utama siri itu, iaitu Yaya. Menurut laman web rasmi studio tersebut, siri ini ingin "[diterjemah dari bahasa Inggeris]...mengajar penonton tentang bahasa, etika budaya, dan tarikan-tarikan di negara yang dilawat oleh Yaya, di samping memaparkan aspek-aspek pelancongan halal."[1]
Fly With Yaya | |
---|---|
Genre | Animasi, Travelog, Pendidikan, Kanak-kanak |
Dibangunkan oleh | Animonsta Studios Creative Minds |
Ditulis oleh | Fatima Zafira Zaharan Meor Hizmin Amir Hassan |
Pengarah | Noriman Saffian Muhammad Akid Jamel |
Pelakon suara | Nur Sarah Alisya Zainal Rashid Nur Intan Syuhadah Anna Tanaka |
Penggubah | Nur Sharmine Md Bakri |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nizam Razak Anas Abdul Aziz Safwan Karim Kee Yong Pin Ikuko Kokiso |
Penerbit | Rashdan Fahirurazi |
Penyunting | Noriman Saffian Muhammad Akid Jamel |
Lokasi | Tokyo, Kyoto, Osaka, Tohoku dan Omotenashi, Jepun |
Sinematografi | Noriman Saffian |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | YouTube Astro Prima |
Siaran asal | 23 November 2018 |
Rancangan berkaitan | BoBoiBoy BoBoiBoy Galaxy |
Pautan luar | |
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios |
Panjang episod-episod siri ini lebih daripada 3 minit dan memaparkan Yaya (bersama dengan penonton) mempelajari budaya dan gaya hidup di negara yang dilawati, dari aspek-aspek yang berbeza. Ia mengisahkan Yaya yang mengembara seluruh dunia menerokai destinasi menarik dan mesra Muslim.[2]