Getah Arab
From Wikipedia, the free encyclopedia
Getah Arab (Arab: صمغ عربي, rumi: samgh `arabiycode: ar is deprecated ; bahasa Inggeris: gum arabiccode: en is deprecated atau acacia gum[1]) adalah bahan diperolehi dari getah semulajadi rembesan dua spesies akasia iaitu Senegalia senegal [2] dan Vachellia (Acacia) seyal yang mengeras. Bahan ini terdiri banyaknya dari campuran glikoprotein dan polisakarida kompleks daripada arabinosa dan galaktosa, ia bersifat larut dalam air dan boleh dimakan.
Getah keras ini dituai secara komersial dari pokok-pokok liar, kebanyakannya di Sudan (80%) dan di seluruh Sahel benua Afrika dari Senegal di sebelah barat ke Somalia di timur. Ia digunakan terutama dalam industri makanan dan minuman ringan sebagai penstabil bernombor E414 (I414 di AS). Ia turut digunakan dalam menghasilkan pelbagai jenis bahan seni termasuk cat, gam, kosmetik, dan pelbagai aplikasi industri termasuk kawalan kelikatan pada tinta dan industri tekstil, walaupun bahan yang lebih murah bersaing dengannya kerana banyak peranan ini.