HMS Royal Oak (08)
From Wikipedia, the free encyclopedia
HMS Royal Oak merupakan salah satu dari lima buah kapal tempur kelas-Revenge yang dibina untuk Royal Navy semasa Perang Dunia I. Siap pada tahun 1916, kapal ini buat pertama kalinya berperang dalam Pertempuran Jutland sebagai sebahagian daripada Armada Besar. Pada masa aman, ia berkhidmat dalam Armada Atlantik, Armada Utama dan Armada Mediterranean, lebih dari sekali diserang secara tidak sengaja. Royal Oak menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 1928 apabila pegawai kanannya secara kontroversi dihadap ke mahkamah tentera, satu peristiwa yang amat memalukan bagi sebuah tentera laut terbesar dunia. Penyelenggaraan untuk memodenkan Royal Oak sepanjang 25-tahun kerjayanya tidak dapat memperbaiki tahap kelajuan asasnya dan menjelang Perang Dunia Kedua, ia tidak lagi sesuai untuk tugasan barisan depan.
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Royal Oak.
Royal Oak sedang berlabuh pada 1937 | |
Sejarah | |
---|---|
United Kingdom | |
Nama: | Royal Oak |
Pembina: | Limbungan Diraja Devonport |
Kos: | £2,468,269 |
Dibaringkan: | 15 Januari 1914 |
Dilancarkan: | 17 November 1914 |
Ditauliah: | 1 Mei 1916 |
Pengenalan: | Nombor gada-gada: 08 |
Nama gelaran: | The Mighty Oak |
Takdir: | Ditenggelamkan oleh U-47, 14 Oktober 1939 |
Status: | Kubur perang dilindungi |
Ciri-ciri umum (seperti asal) | |
Kelas dan jenis: | Kapal tempur kelas-Revenge |
Sesaran: |
|
Panjang: | 620 ka 7 in (189.2 m) |
Lunas: | 88 ka 6 in (27 m) |
Draught: | 33 ka 7 in (10.2 m) (Sesaran muatan) |
Installed power: | |
Jana kuasa: | 4 Syaf; 2 set turbin stim |
Halaju: | 22 knot (41 km/j; 25 mph) |
Jarak: | 7,000 nmi (12,960 km; 8,060 bt) at 10 knot (19 km/j; 12 mph) |
Krew: | 909 |
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Pada 14 Oktober 1939, Royal Oak sedang berlabuh di Scapa Flow, Orkney, Scotland, apabila ia telah ditorpedo oleh kapal selam Jerman U-47. Dari jumlah 1,234 anak kapal Royal Oak, 835 telah terkorban pada malam itu atau mati kemudian akibat kecederaan mereka. Kehilangan kapal yang ketinggalan zaman—yang pertama dari lima kapal tempur Royal Navy dan kruiser tempur yang tenggelam dalam Perang Dunia Kedua—tidak banyak mempengaruhi jumlah bilangan superioriti yang dinikmati oleh tentera laut British dan Sekutunya, namun ia memberi kesan yang besar ke atas moral perang. Serangan itu menjadikan komander U-boat, Günther Prien sebagai wira perang dan selebriti segera serta merupakan pegawai kapal selam Jerman pertama yang dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross. Sebelum tenggelamnya Royal Oak, pihak Royal Navy telah menganggap pangkalan laut di Scapa Flow adalah kebal dari serangan kapal selam, tetapi serbuan U-47 menunjukkan bahawa tentera laut Jerman mampu berperang di perairan British sendiri. Kejutan itu mengakibatkan perubahan yang cepat terhadap keselamatan kawasan dermaga dan pembinaan Benteng Churchill disekitar Scapa Flow.
Bangkai kapal Royal Oak, ditetapkan sebagai kubur perang, berada dalam keadaan terbalik pada kedalaman 100 kaki (30 m) air dengan badannya 16 kaki (4.9 m) di bawah permukaan. Dalam upacara tahunan bagi menandakan kehilangan kapal itu, penyelam Royal Navy meletakkan Panji Putih pada buritannya dibawah laut. Penyelam haram dilarang daripada menghampiri bangkai kapal dibawah Akta Perlindungan Tinggalan Ketenteraan 1986.