Institut Seni Chicago
From Wikipedia, the free encyclopedia
Institut Seni Chicago (bahasa Inggeris: Art Institute of Chicagocode: en is deprecated , AIC) ialah sebuah muzium seni halus luas[2] yang terletak di Grant Park, Chicago, Illinois. Institut seni ini menempatkan salah sebuah koleksi seni Impresionis dan Pasca-Impresionis yang terpenting di dunia. Antara pegangan-pegangannya yang beraneka termasuk karya Pelukis Agung, seni Amerika Syarikat, seni perhiasan Eropah dan Amerika, seni Asia dan seni moden dan kontemporari tersohor. Ia terletak di 111 South Michigan Avenue di Chicago Landmark Historic Michigan Boulevard District. Muzium ini bergabung dengan Sekolah Institut Seni Chicago. Pada keluasan sejuta kaki persegi, institut ini adalah muzium seni kedua terbesar di Amerika Syarikat, mengekori Muzium Seni Metropolitan di New York.[3]