Jetstar Hong Kong
syarikat penerbangan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jetstar Hong Kong ialah syarikat penerbangan tambang rendah yang dirancang, dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (Pada masa ini sebagai jenama yang digunakan untuk mempromosikan syarikat-syarikat saudara Jetstar). Pada Bulan Jun Tahun 2015, Lembaga Perlesenan Pengangkutan Udara Hong Kong menolak permohonan Jetstar Hong Kong untuk mendapatkan lesen operasi. [1]
| |||||||
Ditubuhkan | 2012; 12 tahun yang lalu (2012) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | - (Tidak dilancarkan kerana Permohonan Lesen untuk beroperasi ditolak) | ||||||
Operasi ditamatkan | 2015; 9 tahun yang lalu (2015) | ||||||
Program kesetiaan | Qantas Frequent Flyer | ||||||
Ibu pejabat | Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Republik Rakyat China | ||||||
Orang penting | Pansy Ho (Ketua Pengerusi) Edward Lau (CEO) | ||||||
Laman web | www www www |
Jetstar Hong Kong | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 捷星香港航空code: zh is deprecated | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 捷星香港航空code: zh is deprecated | ||||||
Maksud harfiah | Syarikat Penerbangan Jetstar Hong Kong | ||||||
| |||||||
Ia dibentuk pada Tahun 2012 sebagai usaha sama antara Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Penerbangan Qantas . [2] [3] Kemudian, pada Tarikh 6 Jun 2013, Shun Tak Holdings, sebuah konglomerat di Hong Kong dan Macau yang diuruskan oleh Pansy Ho melaburkan sebanyak US $ 66 juta untuk kepentingan 33.3% dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Penerbangan Qantas. [4] Jetstar Hong Kong merupakan anak syarikat Shun Tak Holdings di bawah Peraturan Penyenaraian. [5]
Walau bagaimanapun, Lembaga Perlesenan Pengangkutan Udara Hong Kong menolak permohonan Jetstar Hong Kong untuk mendapatkan lesen operasi pada Tarikh 25 Jun 2015. [6] Selepas itu, Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines dan Syarikat Pneerbangan Qantas mengumumkan berakhirnya penglibatannya di Jetstar Hong Kong. [7] [8]
Jetstar Hong Kong kekal sebagai jenama promosi di Hong Kong dengan laman rasmi Facebook yang aktif dan menekankan penerbangan langsung mereka ke beberapa destinasi seperti Tokyo, Osaka, Singapura, Hanoi dan Da Nang. [9]