Kapal Vasa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vasa (atau Wasa)[2] merupakan kapal perang Sweden yang dibersarakan yang dibina antara tahun 1626 dan 1628. Kapal ini dimasuki air selepas berlayar sekitar 1,300 m (1,400 ela) dalam perlayaran pertamanya pada 10 Ogos 1628. Ia semakin dilupakan selepas kebanyakan meriam gangsanya yang bernilai diambil kembali pada kurun ke-17 sehingga ia kembali dijumpai semula lewat 1950-an dilaluan perkapalan yang sibuk dekat dengan pelabuhan Stockholm. Diselamatkan dengan sebahagian bear badannya utuh pada tahun 1961, ia diletakkan di muzium sementara yang digelar Wasavarvet ('Limbungan Wasa') sehingga 1988 dan kemudian dipindahkan secara kekal ke Muzium Vasa di Stockholm. Kapal ini merupakan salah satu tarikan pelancong popular ke Sweden dan telah dilihat oleh lebih 35 juta pengunjung sejak 1961.[3] Sejak ia dipulihkan, Vasa telah menjadi simbol tempoh keagungan Sweden dan hari ini merupakan piwaian de facto dalam media dan dikalangan penduduk Sweden bagi menilai kepentingan sejarah kapal pecah.
Hadapan kanan Vasa | |
Sejarah | |
---|---|
Sweden | |
Dibaringkan: | 1626 |
Dilancarkan: | March 1627 |
Takdir: | Tenggelam 1628, diselamatkan pada tahun 1961, kini kapal muzium |
Ciri-ciri umum | |
Berat (tan): | 1210 tan seseran |
Panjang: |
|
Lunas: | 11.7 m (38 kaki) |
Tinggi: | 52.5 m (172 kaki) |
Draft: | 4.8 m (16 kaki) |
Jana kuasa: | Sails, 1,275 square m (13,720 sq kaki) |
Krew: | 145 kru, 300 tentera |
Persenjataan: |
|
Nota: | Simber bagi dimensi & tonnage[1] |
Kapal ini dibina menurut arahan Raja Sweden Gustavus Adolphus sebagai sebahagian dari pengembangan ketenteraan yang dimulakannya dalam perperangan dengan Poland-Lithuania (1621–1629). Ia dibina di limbungan tentera di Stockholm di bawah kontrak dengan syarikat swasta pada 1626–1627 dan dilengkapi dengan meriam tuang gangsa di Stockholm khusus untuk kapal ini. Dihiasi indah sebagai simbol wawasan raja bagi Sweden dan dirinya, selepas disiapkan, ia merupakan salah satu kapal yang paling kuat persenjataannya di dunia. Bagaimanapun, Vasa tidak stabil secara merbahaya dan terlalu berat di bahagian atas struktur badan. Sungguhpun kekurangan kestabilan, ia diarahkan berlayar ke laut dan tenggelam hanya selepas beberapa minit selepas berhadapan dengan angin yang lebih kuat daripada bayu.
Perintah untuk belayar adalah hasil daripada gabungan beberapa faktor. Raja yang memimpin tentera di Poland pada masa pelayaran sulungnya, tidak sabar untuk melihatnya mengambil kedudukannya sebagai kapal pemerintah bagi skuadron simpanan di Älvsnabben di Kepulauan Stockholm. Pada masa yang sama, orang bawahan raja tidak mempunyai keberanian politik untuk secara terbuka membincangkan masalah kapal atau menunda pelayaran pertama. Satu siasatan telah dianjurkan oleh Majlis Privy Sweden untuk mencari mereka yang bertanggungjawab bagi bencana itu, tetapi pada akhirnya tiada siapa yang dihukum kerana kecelakaan itu.
Semasa usaha kembalik tahun 1961, beribu-ribu artifak dan sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 15 rangka ditemui di dalam dan di sekitar badan Vasa oleh ahli arkeologi marin. Di antara kebanyakan barangan yang terdapat adalah pakaian, senjata, meriam, alat, duit syiling, alat makan, makanan, minuman dan enam dari sepuluh layar. Artefak dan kapal itu sendiri telah memberikan para sarjana dengan pandangan yang tidak ternilai mengenai perincian peperangan laut, teknik pembuatan kapal dan kehidupan seharian pada awal abad ke-17 di Sweden.